Khemah Terbesar Dunia Di Kazakhstan

ASTANA – Ibu negara baru Kazakhstan dimeriahkan dengan percikan bunga api sempena perasmian Khan Shatyr yang merupakan khemah terbesar di dunia ciptaan arkitek Britain, Norman Foster.

Binaan yang digelar sebagai Raja Segala Khemah itu ditegakkan oleh kabel condong sepanjang 150 meter untuk mengembangkan tiga lapisan bumbung plastik lut sinar dan kalis sejuk ekstrem sehingga – 35 darjah Celsius pada musim salji.

Khemah itu cukup besar sehingga ia mampu memuatkan beberapa buah pantai, air terjun buatan, sebuah padang golf mini, taman botani, pawagam, kedai dan restoran. Ia mengambil masa empat tahun untuk dibina. – Agensi

 Gambar menunjukkan khemah terbesar dunia di Astana, Kazakhstan.


kredit : kosmo.com.my


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics