Gambar Air Terjun - 10 Paling Cantik Di Dunia

air terjun niagara
Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".

keindahan alam angel
Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

air terjun iguazu
Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

air terjun victoria
Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik  di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.

gambar air terjun gullfoss
 Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

keajaiban alam upsidedown
Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.

keindahan alam nachi
Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.

gambar air terjun giessbach
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.

air terjun lowerfalls
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

air terjun aspat
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut.


sumber:  Top10List.org


19 ulasan:

cik gold berkata...

saya penah pegi niagara fall...memang tol cantik2

kelana fana berkata...

cik gold~ wahh..bestnya dah pegi ke sana. dpt tgk real..harap2 satu hari nanti KF pun dpt melancong ke situ :)

Izan Ishak berkata...

masyaAllah...mmg semuanya cantik2~~

fara dean berkata...

salam..
klau flight ticket tu murah..tiap2 minggu bole tgk air terjun kt overseas

dunspeak♥ berkata...

saya suka air terjun Victoria =)

KiKo Berdendang berkata...

MasyaAllah...memang best sangat...slalu tengok air terjun lata kinjang jer..

~Mika Darkness~ berkata...

awesome!!! *o*

rara HAHA berkata...

cantik sangat2 laaa :)

Affan Ruslan berkata...

Salam ziarah.
Kalau ada sesiapa nk pergi niagara, blh inform saya :)

Alhamdulillah saya pernah pg.

cik gold berkata...

lata kinjang pon best pa ...cik gold x pnah pegi lagi tu.hehe

cik gold berkata...

lata kinjang pon ok apa. cik gold x pnah pi lagi tau.hehe

nabilah abd rahman berkata...

fuh..semuanya hebat-hebat..kagum pulak bila tengok air terjun yang pelbagai jenis ni...

mier@merr berkata...

subhanallah.....cantik2 sumenye...

Shannice berkata...

indahnya... nak pergi sana.. tuan blog bawa rombongan ya?... hehehe ;)

suzzsuzie berkata...

indah sungguh ciptaan Tuhan...tp kalau kita pergi sendiri kt tempat2 tu mesti rasa taknak balik kan

iqbalaliyshah berkata...

BlA LAr DpT pG sAlAH sAtU pON OK lArh...sYuKuR uDaH........

azizan zakaria berkata...

Subahanallah...

Tony Kapitan berkata...

Kapan ya bisa lht langsung?

klANA berkata...

~Tony Kapitan~ insyaAllah, kiranya ada izin, rezeki drpNya, teringin nak pergi.. paling nak pergi ke Niagara Falls..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics