Meteorite Terbesar Menghempas Bumi.

Meteorite terbesar pernah direkodkan mendarat di Hoba, Namibia, Afrika sekitar 80,000 tahun lampau dan dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 200 juta tahun. Meteorite ini mengandungi unsur-unsur yang tidak terdapat di Bumi kita.

Sempena dengan nama tempat pendaratannya, Meteorite Hoba awalnya ditemui oleh seorang petani bernama Jacobus Hermanus Brits pada tahun 1920. Ketika beliau mengerjakan ladang di belakang rumah, tiba-tiba bajaknya terkena sesuatu benda keras seperti besi. Menyedari keanehan benda tersebut, Brits menggalinya dan mendapati seketul meteorite seberat 60 tan tertanam kukuh di dalam tanah.


Bukan sahaja sebagai meteorite terbesar, Meteorite Hoba juga merupakan ketulan besi paling besar sekali terdapat di permukaan bumi. Ia mengandungi 82.4% besi, 16.4% nikel, 0.76% kobalt dan 0.04% phosphorus. Ini bermakna secara saintifiknya ia juga digelar sebagai 'nikel-rich ataxite'. Selain itu, ia juga dikesan mengandungi mineral asing seperti Triolite.


Meteorite Hoba bersaiz 9 kaki 8 inci panjang dengan kelebaran 9 kaki 4 inci. Ketebalannya pula ialah 2 kaki 5 inci ke 3 kaki 11 inci.



Kehadiran Meteorite Hoba terus meninggalkan misteri kerana kesan hentamannya tidak menimbulkan kawah di permukaan tanah. Saintis masih bingung bagaimana perkara sedemikian boleh terjadi. Ada teori mengandaikan bentuk meteorite ini menyebabkan kelajuannya berkurangan ketika memasuki atmosfera bumi lalu terhempas seperti sekeping batu pipih jatuh ke permukaan air.

Meteorite Hoba telah diisytiharkan sebagai monumen negara oleh kerajaan South West Africa pada tahun 1955. Pada tahun 1985 pula, syarikat Rossing Uranium telah memberi sumbangan kepada kerajaan Namibia bagi melaksanakan langkah-langkah mencegah vandalisme ke atas meteorite ini. Tahun 1987, pemilik ladang telah menderma tapak tanah ladangnya kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan. Hingga ke hari ini, Meteorite Hoba terus dikunjungi pelawat-pelawat dari serata dunia.





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics