Pantai Yang Sesak

Photo atas menunjukkan suasana pantai berpasir terbesar Asia di Teluk Huiquan, wilayah Shandong, China. Pepatah omputeh menyebut  'a picture is worth a thousand words'. Lihat pada kesesakan dari sekeping gambar kat atas tu, macam-macam perkara boleh terlintas dalam fikiran:
  • Kalau kat pantai PD penuh sesak camni, konpom tempat parking full house. Yang datang lambat alamat parking keter sebatu dari pantai. Tapi, kat China ok lah. Diorang suka naik public transport. Tu, kan boleh nampak berderet bas berbaris kat sudut atas gambar tu. Paling koman pun,  yang tinggal berdekatan boleh kayuh basikal reramai ke pantai. 
  • Selalunya bila tiba di pantai, paling teruja nak tengok pasir memutih, ombak menderu menghempas pantai dan angin laut yang menghembus segar. Kat pantai Huiquan ni, nak tengok ape nya bila dah penuh sesak dengan manusia macam tu. Datang pantai tengok orang aje lahh...
  • Family yang bawak anak kecik kena hati-hati, kalau hilang kat shopping kompleks boleh minta cik adik di kaunter pertanyaan buat announcement. Kat pantai ni, tegang urat leher terjerit-jerit panggil nama anak..Ah Mei..Ah Mei aaa.
  • Berkelah di pantai yang lengang boleh hampar tikar luas-luas, duduk bersila sembang-sembang sambil makan minum. Kat pantai Huiquan jangan buat hal, space sangat terhad. Jangan kata nak bentang tikar, nak bongkok badan pun dah tersangkut dengan orang lain. Nak duduk baring hanya untuk orang tua aje..orang muda kena berdiri. Datang ke pantai pun semata-mata untuk mandi, tak boleh stay lelama kat situ. Lepas mandi terus blah, bagi peluang orang lain pulak. Ramai dok Q tunggu turn memasing..hehe.
  • Paling untung mokcik pokcik yang jual tauhu bakar, keledek bakar, air soya dan air cincau kat pantai tu. Bayangkan, kalau ada sejuta orang kat situ (tak kan sampai sejuta kut, tipu ekk!) Boleh jadik jutawan oo hanya dengan jual keledek bakar ajer..
  • Tu je lah 5 point yang aku dapat merapu..hehehe...dah takde idea dah.....

16 ulasan:

kelana fana berkata...

hehe..kalau la sorang buat lawak jerit..jaws3x (dlm mandarin?), camner ye diorang kat situ..

syAzAnA berkata...

fuyoo. sesaknya. xmo pegilah. xbestt. huhu

amirah berkata...

gila sesak pantai ni...xnmpk pasir dh..

kelana fana berkata...

mmg sesak sgt. keindahan pantai dah terlindung..hehehe

cuci-suci berkata...

huh , baek g mndi kat lam bilik air jew , aman . ni tak . pnuh org . lagi pns ade lah . haha

kelana fana berkata...

Syaz -> kalau sesak camtu dah ilang selera nak g picnic..hihi

Cuci-suci -> berimpit-rimpit, nak mandi pun tak puas..

AJ berkata...

cmne nk mandy tuh hehe..

kelana fana berkata...

AJ -> ntah la AJ. dah ramai n bhimpit camtu. rendam bdn duk diam jer la. tak blh nak berenang lagik :)

Cik Shiqa berkata...

hihihi drg dtg utk berjemur je kot.hihi

MamaYatie berkata...

tak desperate sngt la nak gi pantai ropa itu...hihihi

kelana fana berkata...

Cik Shiqa - dah ramai sgt, nak tunggu turn mandi lambat.

MamaYatie - pegi pantai sesak camtu, pikiran pun jadi sesak..hehe.

jerung darat berkata...

mcm mane nk bkelah cmni, silap2 bole ilang ank kt situ. . .

kelana fana berkata...

jerung darat - hehe..betul, hilang mood nak picnic

Camellia berkata...

wew~ kalau pegi nak duk mencelah kat mana la dah penuh cm tue....

suhaida shukor berkata...

memanglah takkan pergi pantai camni =)

kelana fana berkata...

Camellia~tak dpt duduk la Mell, kena berdiri sepjg masa..hehehe

Suhaida~kalau pegi pantai nak ilang tension...pegi ctu bertambah2 lagi ade la..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics